hit counter

hit counter html code

Tuesday, July 26, 2011

duit baru dah keluarrrrr


5 Sen10 Sen20 Sen50 SenDuit Lama dan Baru

saman AXE kerana gagal memikat perempuan

New Delhi,Seorang lelaki india berusia 26 tahun menyaman perusahaan HUL (Hindustan Unilever Limited), yang memasarkan produk wangian lelaki AXE,dengan tuduhan telah menipu dan menyebabkan ‘penderitaan mental’.



Lelaki tersebut menyebut kegagalannya untuk memikat gadis,meskipun dia telah menggunakan produk AXE selama lebih dari tujuh tahun sampai sekarang.Iklan AXE menunjukkan bahwa produk-produk itu membantu kaum lelaki untuk menarik perhatian wanita.

Vaibhav Bedi,lelaki india tersebut juga menyerahkan semua bukti ke mahkamah dari semua produk yang telah digunakan maupun yang belum terpakai,yang berupa deodorant sprays,perfume sticks and roll-ons,anti-perspirants,aftershaves,body washes,shampoos dan hair gels dengan jenama AXE.

Vaibhav Bedi juga meminta agar semua produk itu diperiksa di makmal."Lalu dimana Axe Effect-nya"? Saya sudah menunggu selama lebih dari tujuh tahun.Sejak kuliah sampai dengan saya bekerja di pejabat,tidak ada seorangpun gadis yang mahu saya ajak berdating bahkan hanya untuk minum teh atau kopi dengan saya.



Meskipun saya yakin mereka boleh mencium bau parfum, deodorant dan aftershaves yang saya pakai.Saya selalu menggunakan produk itu dengan harapan boleh menjadi seperti apa yang terjadi pada iklan di TV.

Vaibhav mendakwa bahwa dia telah menggunakan semua produk AXE sesuai arahan yang ada sejak dia pertama kali membelinya.Dia berpendapat bahwa jika dia tidak boleh mengalami AXE Effect meskipun telah menggunakan produk sesuai petunjuk,berarti perusahaan telah menipu atau menjual produk palsu."

Saya selalu menyimpannya di tempat sejuk dan kering,dan menjauhkan mereka dari cahaya matahari langsung atau panas.Saya selalu menggunakan penggaris sebelum menyemburkan untuk memastikan bahwa jarak antara nozzle dan ketiak saya adalah sekurang-kurangnya 15 cm.

Saya selalu melakukan sesuai petunjuk pemakaian.Saya bahkan memukul anak saudara saya yang berusia 5 tahun kerana mendekati almari saya,sesuai dengan anjuran yang menyatakan agar menjauhkan AXE dari jangkauan anak-anak.

Vaibhav mendakwa bahwa dia telah mengalami banyak penderitaan mental dan penghinaan di depan awam kerana tidak adanya AXE Effect dan dia ingin agar perusahaan AXE membayar ganti rugi kepada dia untuk semua penderitaan tersebut.

Sunday, July 3, 2011

PENGALAMAN NGERI SEORANG PENGGALI KUBUR

"Saya pegang nisan dikubur arwah abang Hamid yang baru saja kami kebumikan sebentar tadi. Fikiran saya berputar ligat. "Aii.. menung nampak? Kenapa?" tanya Bakar, kawan baik saya yang turut sama menjadi penggali kubur di Bakri, Muar, Johor.

"Tak ada apa-apa. Saja tengok kain ni, dah kotor sikit kena tanah," saya berdalih, cuba menyembunyikan perkara yang berasak-asak datang ke kepala.

Mari pergi kat pondok... mandur nak jumpa. Dia nak cakap fasal kerja, gaji, overtime dll. Pak Dolah, kawan-kawan lain dah pergi dah," tambah Bakar sambil memikul cangkul dan botol airnya.

"Pergilah dulu, nanti aku datang," balas saya lantas duduk termenung.

Sepeninggalan Bakar, saya duduk di pinggir kubur Abang Hamid. Saya termenung. Ada satu perkara yang sedang menyucuk-nyucuk fikiran saya. Sebenarnya sudah lama ia bermain-main di benak tapi sekarang ini makin mendesak.

Orang ramai sudah balik, Munkar dan Nakir sudah datangkah menyoal Abang Hamid, hati saya bertanya. Kata orang, selepas tujuh langkah kita tinggalkan pusara, maka akan datanglah dua malaikat itu untuk menyoal si mati. Kalau bagus amalannya semasa hidup, berbahagialah. Tapi kalau bergelumang dengan kemungkaran, bersiap sedialah...

Saya teringat cerita kononnya ada orang yang menekap telinga ke kubur dan dengar bunyi dentuman tapak kaki di dalam. Konon cerita, lepas itu terdengar pula bunyi hentaman dan si mati menjerit-jerit.

Eee.... seramnya. Macam mana agaknya rupa Munkar dan Nakir. Besarkah badannya, garangkah rupanya atau berjubah dan maniskah wajahnya ? Kalau dibelasahnya kita, tentu sakitnya tak terperi. Kalau lipan, jengking datang habislah kita disepit. Nak lari tak boleh, nak mengadu tak boleh, kita seoranglah menanggung sakit pedih. Astaghfirullahal'azim...

Saya masih lagi duduk melangu di pinggir kubur Abang Hamid. Jiwa muda saya makin menggaru-garu. Kian lama saya termenung kian ia mengganas dan mengacau fikiran.

Pergi... pergi sekarang ! Johar, masa inilah kalau nak cuba . Kawan- kawan dah tak ada, cepat, ia berbisik di telinga saya.

Jari-jemari saya bergerak-gerak. Lutut dah mula menggeletar manakala kepala rasa berpusing. Saya beristighfar beberapa kali mententeramkan jiwa yang bergelora, namun bisikan itu makin kuat berkumandang di telinga.

Cepat, cepat, cepat ! Inilah masanya. Johar, apa engkau tunggu lagi ? ' Kan engkau nak tau sangat, jangan tercegat lagi. Kau takut ? Allah, bukannya kena tangkap, bukannya boleh mati ...

Jadi bisu ? Sakit, lepas tu mereng sampai mati Jangan pedulilah, tu cerita orang saja. Entah ya entah tidak. Engkau orang muda, kuat semangat, apa nak takut. Cepat Johar, cepat, cepaaaaat!

Dimulai lafaz Bismillah dan selawat kepada Nabi, saya terus bangun dan terjun ke dalam kubur di sebelah pusara Abang Hamid. Ia baru saja digali sebab di sini, kami biasanya sudah gali lebih kurang 10 kubur sebagai persediaan. Maklumlah, Bakri ni kawasan besar, kalau ada banyak kematian sekali gus, taklah timbul masalah.

Di dalam lahad saya berbaring dan meratib, lailahaillallah, lailahaillallah, lailahaillallah...

Saya pejamkan mata, menggigil tengok dinding lahad di depan mata. Bau tanah dan sempitnya ruang di dalam lahad itu menyebabkan saya betul-betul gemuruh.

Munkar, Nakir, ular, jengking, api tinggi menggulung, nanah, darah dan segala seksaan yang pernah didengar daripada guru-guru agama terbayang di depan mata.

Saya juga teringat pada alunan suara seorang wanita membaca al-Quran dari salah sebuah kubur di sini yang saya dengar beberapa bulan lalu. Jeritan, tangisan dan raungan dari kubur-kubur lain yang didengar pada malam-malam selepas itu juga pantas menyerbu fikiran.

Suara-suara aneh dari kubur itulah yang sebenarnya menggaru-garu jiwa saya untuk menyaksikan sendiri keadaan di alam barzakh. Bunyinya memang gila, mana boleh manusia hidup menyeberangi ke alam barzakh, tapi saya ingin juga merasainya.

Lailahaillallah

Lailahaillallah

Lailahaillallah

Saya terus meratib dan meratib hinggalah tiba-tiba dunia menjadi kelam dan sedetik kemudian bergema satu bunyi yang amat menakutkan.

GGRUUMMM... PPPRRAAAPPP!!

Tanah di kubur Abang Hamid tiba-tiba bergerak. Setelah itu satu lagi sisi tanah kuburnya berganjak diiringi bunyi yang amat menggerunkan.

"Ya Allaaaaahhh... apa yang berlaku ini ? " saya menggeletar kerana bunyi itu datang dari dua arah dan saling rapat merapati. Air mata seperti hendak mengalir.

GGGRRRRUUUMMM...

Tanah di kubur Abang Hamid bergerak lagi saling himpit menghimpit. Saya menggigil mendengar bunyi itu yang dentumannya lebih dahsyat daripada tanah runtuh. Saya cuba menekup telinga kerana tidak tertahan dengan bunyi yang bingit itu, tapi tangan saya tiba-tiba kaku..

Ingin saja saya melompat dari kubur, pun demikian kaki bagai dipaku ke tanah, tak dapat bergerak akibat terlalu terkejut.

ARGGHKKK... ERRRKKKKKKK

Terdengar pula suara seorang lelaki mengerang. Suaranya laksana dia sedang menahan kesakitan yang amat sangat tapi seperti tersekat di kerongkong. Nafas saya sudah tidak tentu arah, takut yang amat sangat.

AARRKKK... UUURRRKKGGH!!!

Saya menggigil apabila dia mengerang-ngerang lagi. Perasaan simpati tak dapat dibendung. Ingin rasanya saya menarik lelaki itu keluar daripada terus dihimpit, tapi di sebelah saya cuma lapisan tanah yang tidak mampu ditembusi.

Saya masih lagi terbaring dengan nafas turun naik apabila tiba-tiba... PPPR-RRAAPPPPP!!!... bunyi papan patah berderai.

PRRAAKK... TTAAPP... PRRAAPP!

Kepingan demi kepingan papan tersebut patah hingga hancur berkecai lalu disudahi dengan suara lelaki tersebut mengeruh. Serentak itu, kedengaran pula tulang-temulang patah !

Air mata saya meleleh. Di ketika ini hati saya berkata, mungkin inilah yang Nabi maksudkan bahawa tanah dan dinding kubur akan menghimpit tubuh orang-orang yang mengkufuri Allah hingga berselisih tulang selangkanya. Aduh, tidak terbayang peri sakitnya lelaki yang sedang mengerang itu. Jantung saya bagai hendak tercabut dan darah terasa kering apabila mendengar dia mengerang-ngerang dan tulang-temulangnya patah berderap-derap.

Di saat saya terbungkam dengan apa yang berlaku, tiba-tiba satu deruan angin yang amat dahsyat datang menerpa. Desingannya menyakitkan telinga. Seiring dengan ribut taufan itu juga, hadir sesuatu berwarna hitam seperti asap, makin lama makin membesar lalu membentuk lembaga hitam yang teramat besar. Di tangannya tergenggam sebatang besi yang sedang membara, merah menyala.

Tiba-tiba lembaga itu menghayun besi tersebut. Pantas saya menepis, namun sebaik besi itu menyentuh lengan, saya menjerit kesakitan. Aduh, panasnya menyebabkan kulit tangan saya ini bagai tersiat dan dagingnya masak.

"ARGGGHHHH" Jangan pukul aku lagiiiii!!!" saya meraung apabila lembaga itu memukul kaki saya.

Saya cuba mengelak, tapi pukulan itu tetap singgah ke sasaran. Bagai hendak tercabut anak tekak saya menjerit kerana kehangatan besi itu membakar daging paha saya.

"Arrgghhh... sakit, sakiiittt!!" saya meraung-raung, tapi lembaga hitam besar hingga sayup mata memandang itu terus menghayunkan besi panasnya ke kepala, kaki, tangan, badan dan perut saya.

Dalam pada itu, tanah di kubur sebelah terus-terusan bergerak himpit menghimpit. Bumi tempat saya berpijak bergegar hebat laksana dilanda gempa.

Suara lelaki mengerang dan tulang-temulangnya patah berderap bagai dahan sekah, tetap kedengaran. Dalam hati saya meraung, matilah aku kejap lagi, patahlah tulang aku, renyuklah badan aku dibelasah dengan besi panas.

Saya menjerit, menepis, mengelak hinggalah tiba-tiba saya terasa sesuatu yang amat sejuk menyimbah ke tubuh saya. Serentak itu lembaga hitam hilang entah ke mana dan bunyi bumi bergegar serta lelaki mengerang lenyap serta-merta. Suasana terasa hening.

"Johar... Johar !! " sayup-sayup nama saya dipanggil.

Dengan susah payah, saya membuka mata. Tapi saya tidak larat, badan terlalu letih. Wajah seseorang berbalam-balam di mata.

"Johar... bangun, bangun!" nama saya dipanggil lagi, badan digoncang-goncang.

Saya buka mata sedikit. Ooo... rupa-rupanya Bakar. Bersama-sama Pak Dollah, mereka mengangkat saya keluar dari kubur.

Selepas diberi air, badan dikipas, barulah saya segar semula. Bakar beritahu, selepas menunggu lama di pondok, dia dan Pak Dollah serta mandur mencari saya untuk membayar wang kerja lebih masa. Lama mencari, akhirnya dia jumpa saya di dalam kubur sedang bersilat seorang diri.

"Engkau menepis sana , mengelak sini. Habis tanah kubur tu engkau tumbuk.. Aku ambil air. Aku simbahlah," kata Bakar sambil menunjukkan baldi yang digunakannya lalu disambut gelak tawa kawan-kawan.

Saya hanya tersenyum tawar. Tak terdaya saya hendak ceritakan apa yang telah berlaku sebentar tadi, bimbang mereka tidak percaya.

Selepas kejadian itu saya terlantar selama beberapa bulan akibat badan penuh dengan lebam-lebam. Mungkin lebam akibat menumbuk dan menendang tanah, mungkin juga akibat pukulan besi panas itu. Saya juga dibawa berjumpa bomoh untuk memulihkan semangat.

Keluarga dan kawan-kawan menggeleng kepala dengar cerita saya. Mereka berebut-rebut menyuruh saya menceritakan pengalaman menakutkan itu. Ada yang insaf, ada juga yang mengatakan semua itu karut, mainan syaitan, mimpi dan igauan semata-mata.

Lantaklah apa kata mereka, tapi saya puas hati. Akhirnya saya telah saksikan sendiri seksaan di dalam kubur. Sama ada apa yang dilihat itu adalah keadaan yang sebenarnya berlaku di alam barzakh atau hanya mimpi semata-mata akibat terlelap semasa meratib, itu saya tidak kisah.

Yang penting keinginan untuk menjengah alam itu telah tertunai.

Peristiwa pada pertengahan 1970-an itu telah memberi keinsafan yang benar-benar mendalam di hati saya. Sesungguhnya janji ALLAH itu benar...MATI itu benar...SYURGA - NERAKA itu benar....dan...azab kubur ...itu juga benarrrr..... Semoga ALLAH terima segala amalan kita dan mengampuni dosa-dosa kita.... AMIN YA RABBAL A'LAMIN

(diceritakan sendiri oleh Tok Johar)

Palm Spring Resort PD - Tolong jgn duduk situ!

Rabu, 15/6/11 – saya dpt voucher free 3h/2mlm @ Palm Spring Resort PDTolong jgn duduk situ!
Ø 1.30pm
Check in. Receptionist dia ok, 5 star. Tp apartment? Ya Allah, seram, mcm kedai tinggal, usang, suram, beberapa blok pecah2, berlalang, parking lubang sana sini, kolam renang kering & xde org lain check in langsung! Masuk bilik, langsir lusuh & koyak2. Tuala pun sama. Sgt2 lain suasana bilik tu. Remang tengkuk, tp cuba wat xtau. Rasa panas sgt (pdhal dh on aircond paling sejuk & kipas paling laju!) kami g mandi laut kt Blue Lagoon. Ok la, laut bersih & cantik.

Ø
6.30pm
Balik bilik. Husband nmpak 'benda' di sebalik tangga & 'benda' itu hilang dlm dinding! Tp dia diam je, xnk bg tau.

Ø
7.00pm
Lps mandi husband xsedap ati, nk balik time tu juga! Masa kemas beg, anak saya duk renung toilet. Husband marah, jgn pndang toilet! (mereka bdua nmpak 'bnda' tu ada dlm toilet!)

Ø
7.20pm
Masa nk keluar bilik, tiba2 anak saya ckp “baby xnk balik, nk main kt sini, ada kawan. ‘Dia’ nk kawan ngan baby” ohh tidak! Kami paksa dia kuar bilik. Gila la!

Ø
7.25pm
Masa sibuk masukkn beg dlm kete, anak saya lg skali duk tenung tangga apartment, tp kali ni muka dia takut sgt2!

Ø
7.40pm
Odway balik rumah mertua kt seremban, dlm kete husband citer ape yg dia nmpak. Tiba2 anak saya mncelah, katanya “mama, td ada hantu kt situ. Hantu tu ada depan baby, tkejut baby. dia nk main ngan baby” Ya Allah, aduhai!

Mlm tu tdo rumah mertua. Nasib baik anak x meragam. Tp saya xleh tdo smpai jam 4 pagi, baru terlena.

Khamis, 16/6/11
- Anak saya demam muntah2, terkejut agaknye. Dia banyak senyap & baring je. Pakcik husband saya bg tau, kolam renang hotel turamai budak mati lemas & bilik hotel kami duduk tu ada budak hilang dlm bilik. Hilang begitu sje depan keluarga mereka! Xde org duduk hotel tu pun sejak 3 tahun yg lepas.

Jumaat, 17/6/11
- Anak saya cakap “mama, hantu tu takut air. Hantu tu nk main ngan baby, hantu tu ckp kt baby 'haahaaa...haahaaa' baby nmpak kt kt toilet, kt dlm katil..”

Ya Allah..nasib baik kami cepat kluar dr hotel tu, tanpa tdo 1 mlm pun!

Thursday, June 2, 2011

review Karak: laluan puaka

ok review ni pulak...abis jer tngok xmen sayer dan ahmad syazwan layan pulak karak..tak penah lagi aku buat keja tak senonoh nih...hermphhhh....pendek cerita: tak payah tengok la karak nih...cerita pasal laluan puaka tapi dok dalam pondok lak...rasa membazir duit...masa satu jam...tgok karak nih..thriller punya la dasat tp filem..hampeh...to kilafairy aka angelina takjadi...plzz la kalau nk belakon jadi gedik tolong p belajaq ngan fazura or ifa raziah pon ok gak... gedik is ok..tp gedik tak jadik is not ok!..hantu yg banyak pon tk membantu dalam cerita nih...lg seram mak mah jadik hantu..just nk bgtau kru..(klu diorang baca la...hehehe ada ke diorang nak baca???) takyah la buat cerita hantu lg ya...buat cerita cicak man lg best..so sesapa nk tengok tak dihalang kalau tak sayangkan duit anda....hahahaha...ok la..malas nak taip panjang2 dah...malassss...hahaha...ok adios jumpa lagi bulan depan lakk....hahahhaa

review Xmen: first class

okeh...nak sapu sikit2 jap blog nih..bersawang..berabuk..hahaha...malas sungguh nak hapdet kan...dulu satu hari sampai 8 ratus entri...hahaha...

ok la tanpa membuang masa..meh nak hapdet pasal movie ni...ekceli nak tngok midnite 1hb tpi tkdela pulak 3d kat jitra mall tu..yg heran nya..xmen langsung tak main kat situ..hurmmm..menyusahkan btul laaa...hahaha...dan secara bersemangatnya sayer mengigihkan diri kudrat ini menonton kat alor star mall...yg biasa pon ok la..jnji tngok hehehe...

cerita bermula ngan magneto masa kecik lokasi kat poland..bla..bla..bla...shaw si nazi jahanam ni discover ability si magneto nih..bla..bla..bla...xavier jumpa si mystique ni kat dapur rumah beliau dalam keadaan menyerupai arwah mak nya...bla..bla... depa pon besaq...ish..malas lak nak taip panjang2..hahaha....sayer bagi 9.5 bintang dari 10 sebab citer ni best sangat..tk membosankan macam citer lanun tuh...kalau nak tngok geng2 xmen ni masa belia remaja..pegi la tengok mmg tak rugi..hehehe...ok la ckup kot review tah hapa2...nih..hehehe...adios...

Tuesday, April 19, 2011

Rick Sammon's Top Ten Digital Photography Tips

Cakkk!! helloo..heheh..hampir agak bersawang jugak blog sayer inih..heheh...tkpa2...etlis ada juga hapdet ya...okeh kali ini sayer akan present sumthin that yg basic dlm photography nih...tk payah lah ada kamera mahal riban2 tp tak reti guna..hehehe...guna kamera henset pon ok jugak kalau tau cara nk guna dan ikut segala teknik yg betul..ok la layan je la...malas nk tulis panjang2..layanzzzzzzz







Tuesday, April 12, 2011

Kisah Pohon Epal Dan Manusia

Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pokok epal ini setiap hari. Dia memanjat pokok tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia berehat lalu terlelap di perdu pokok epal tersebut. Budak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pokok epal itu juga menyukai budak tersebut.

Masa berlalu… budak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pokok epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pokok epal tersebut dengan wajah yang sedih. “Marilah bermain-mainlah di sekitarku,” ajak pokok epal itu. “Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau,” jawab budak remaja itu. “Aku mahukan permainan.

Aku perlukan wang untuk membelinya,” tambah budak remaja itu dengan nada yang sedih. Lalu pokok epal itu berkata, “Kalau begitu, petiklah epal-epal yang ada padaku. Jualkannya untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kau inginkan.” Budak remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal di pokok itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pokok epal itu merasa sedih.
Masa berlalu… Suatu hari, budak remaja itu kembali. Dia semakin dewasa. Pokok epal itu merasa gembira. “Marilah bermain-mainlah di sekitarku,” ajak pokok epal itu. “Aku tiada masa untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah kau menolongku?” Tanya budak itu. “Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya.” Pokok epal itu memberikan cadangan. Lalu, budak yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pokok epal itu dan pergi dengan gembiranya. Pokok epal itu pun tumpang gembira tetapi kemudiannya merasa sedih kerana budak itu tidak kembali lagi selepas itu.

Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pokok epal itu. Dia sebenarnya adalah budak lelaki yang pernah bermain-main dengan pokok epal itu. Dia telah matang dan dewasa.”Marilah bermain-mainlah di sekitarku,” ajak pokok epal itu. “Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi budak lelaki yang suka bermain-main di sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai bot. Bolehkah kau menolongku?” tanya lelaki itu. “Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotong batang pokok ini untuk dijadikan bot. Kau akan dapat belayar dengan gembira,” cadang pokok epal itu.Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pokok epal itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu.

Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah usia, datang menuju pokok epal itu. Dia adalah budak lelaki yang pernah bermain di sekitar pokok epal itu. “Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi nak diberikan kepada kau. Aku sudah memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah, batangku untuk kau buat bot. Aku hanya ada tunggul dengan akar yang hampir mati… ” kata pokok epal itu dengan nada pilu. “Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada bergigi untuk memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batang pokokmu kerana aku berupaya untuk belayar lagi, aku merasa penat dan ingin berehat,” jawab lelaki tua itu. “Jika begitu, berehatlah di perduku,” cadang pokok epal itu. Lalu lelaki tua itu duduk berehat di perdu pokok epal itu dan berehat. Mereka berdua menangis kegembiraan.

CERITA INI DIPAPARKAN UNTUK MENGAJAK PARA REMAJA BERFIKIR TENTANG PENGAJARAN YANG DAPAT DIAMBIL DI SEBALIK CERITA TERSEBUT. SEBENARNYA, POKOK EPAL YANG DIGAMBARKAN DI DALAM CERITA ITU DIANALOGIKAN SEBAGAI KEDUA-DUA IBU BAPA KITA. BILA KITA MASIH MUDA, KITA SUKA BERMAIN DENGAN MEREKA. KETIKA KITA MENINGKAT REMAJA, KITA PERLUKAN BANTUAN MEREKA UNTUK MENERUSKAN HIDUP. KITA TINGGALKAN MEREKA, DAN HANYA KEMBALI MEMINTA PERTOLONGAN APABILA KITA DI DALAM KESUSAHAN. NAMUN BEGITU, MEREKA TETAP MENOLONG KITA DAN MELAKUKAN APA SAHAJA ASALKAN KITA BAHAGIA DAN GEMBIRA DALAM HIDUP. ANDA MUNGKIN TERFIKIR BAHAWA BUDAK LELAKI ITU BERSIKAP KEJAM TERHADAP POKOK EPAL ITU, TETAPI FIKIRKANLAH, ITU HAKIKATNYA BAGAIMANA KEBANYAKAN ANAK-ANAK MASA KINI MELAYAN IBU BAPA MEREKA. HARGAILAH JASA IBU BAPA KEPADA KITA. JANGAN HANYA KITA MENGHARGAI MEREKA SEMASA MENYAMBUT HARI IBU DAN HARI BAPA SETIAP TAHUN. SEMOGA MEMBERIKAN KEINSAFAN DAN KESEDARAN KEPADA PARA REMAJA

Monday, March 28, 2011

photographer @ kabul afganistan

sapa- sapa yang teringin nk jadi photographer kat kabul tu buleh buat job kt sana..masyukk gak..akhir kata hargailah kamera kompak anda..

























sumber dari sini

Sunday, March 27, 2011

BUKIT BERAPIT

Pada satu malam yang hening dan dingin, lebih-kurang 15 jam dan 29 tahun dulu, Pakcik Samad dan Makcik Salamah dalam perjalanan daripada Ipoh ke Taiping. Masa tu, highway PLUS masih dalam pembinaan, jadi perjalanan tu kena melalui Sg. Siput, naik ke Kuala Kangsar dan terus ke Taiping. Korang tahu Bukit Berapit kat mana? Ingat bas yang crash kat Bukit Gantang, Taiping yang membunuh 20 orang, yang driver nya ada rekod buruk tu? Itu dekat Bukit Berapit la tu. Lepas Kuala Kangsar, naik ke Utara ke Pekan Padang Rengas, dan terus arah ke Taiping - lepas kilang simen yang besar tu, naik bukit sket - itulah kawasan Bukit Berapit. Jalan KK-Taiping tu selari dengan PLUS highway. Ikut jalan lama, bak kata orang sekarang.

Pakcik Samad Polis pencen. Dia pencen awal, ada duit simpanan sikit, beli rumah kat Taiping. Rumah asalnya kat Ipoh - tempat dia bekerja sebelum dia pencen. Baru beli rumah, jadi masih perlu berulang-alik ke Taiping untuk settle kan beberapa perkara. Besa la, tengah pindah rumah. Malam tu dia dan Makcik Salamah bertolak dari Ipoh lambat, lepas midnight, sebab melayan tetamu yang datang ke rumah. Kawan lama dari Tg. Rambutan datang bertanya khabar dan kiranya nak say goodbye, kawan dah nak berpindah jauh. Sure, dulu-dulu aku rasa Taiping dan Ipoh tu jauh, masa tu takde highway. Kampong aku kat Pokok Sena, dan perjalanan ke Alor Setar tu tu pun aku masih rasa jauh. Sampai sekarang perasaan "jauh" tu aku masih rasai. Korang bebudak sekarang mana ada "feeling" tu. Bapak aku tak pernah ada kereta. Kalau kami nak jalan-jalan, kami sekeluarga kena naik bas stop-stop. Itu sebab aku rasa jauh.

Lepas bandar Kuala Kangsar, jam dah dekat 2 pagi. Tak banyak kereta di jalanan, dan cuaca sejuk, mendung macam hari nak hujan, tapi takde pulak nampak petir atau terdengar guruh. Selepas selekoh hospital Kuala, belok kanan, Pakcik Samad terus menghalakan keretanya ke arah Taiping. Selepas kilang simen yang aku cakap tadi tu, jalan terus jadi sunyi, kengkadang ada sebijik-dua lori berat yang jalan perlahan, dan dia kena la potong. Berhampiran kawasan berbukit, bila sampai kawasan Bukit Berapit, tiba-tiba kereta Pakcik Samad macam tersenguk-sengguk. Takde berasap, atau apa-apa ke... cuma macam habis minyak gitu. Tapi, Pak Samad confident dia ada cukup minyak. Baru isi minyak siang sebelum tu.

Dia pun perlahan-lahan drive keretanya ke bahu jalan, dan terus berhenti. Enjin kereta tu terus mati dan Pakcik Samad terus tarik hand-break, sebab jalan tu kawasan lereng bukit, kereta tu akan menggelongsor turun kalau tak parking betul-betul. Dia dan Makcik Salamah saling berpandangan, dan makcik tu bertanya, "apa hal bang?". "Entah lah, abang pun tak tahu. Minyak cukup, tapi apekehenye kereta ni buat hal?", kata Pakcik Samad.

Tiada satu kereta pun ada di jalan raya waktu tu, jam dah dekat 3 pagi. Pakcik Samad teragak-agak nak keluar kereta tengok enjin, sebab dia tahu, dia memang tak pernah pandai apa-apa hal pasal kereta. Nak isi minyak hitam pun dia selalunya hantar woksyop aje. Dia sembang kosong beberapa minit dengan Makcik Salamah, mengharapkan kalau ada kereta atau lori lalu, tapi dekat setengah jam, apa pun tarak. Akhirnya, dia cakap kat Makcik Salamah, "baik abang pegi ke pekan Padang Rengas. Tak apalah, abang jalan kaki aje. Salamah tunggu aje dalam kereta, nanti kereta kita dilarikan orang pulak, kalau kita dua-dua sama pegi sana". Makcik Slamah terus kecut perut nak ditinggalkan sengsorang, tapi pakcik Samad berjaya memujuknya, dan seterusnya dia pun memulakan perjalanan menapak patah balik arah ke belakang. Nak cari kalau ada orang boleh bantu. Dia rasa dia ada kenal seorang pegawai polis kat balai Pdg. Rengas.

Makcik Salamah periksa balik yang kempat-empat pintu kereta tu berkunci, dan dia cuba untuk melelapkan mata. Dalam hati, makcik tu sememangnya takut duduk sorang-sorang dalam kereta, kat tepi bahu jalan, kat atas bukit pulak tu. Dia cuba baca ayat-ayat Quran dan selawat, kasi hatinya tenang. Tengok keluar sekeliling kereta tak nampak apa-apa, gelap-gelita. Lebih-kurang dalam setengah jam, kesepian dan kesunyian disekelilingnya tiba-tiba terganggu dengan bunyi yang mengejutkannya. Tengah dia mengelamun, separuh sedar separuh tidor, tiba-tiba...

Duummm!

Ada benda jatuh atas bumbung kereta tu dengan hentaman yang kuat. Dalam tersentak tu, Makcik Salamah dengan jantung yang berdebar-debar, terkejut sungguh dengan dentuman tu, cuba menarik nafas perlahan-lahan... dan selang beberapa minit kemudian, dia macam terdengar macam ada makhluk lain yang melompat dan landing atas bumbung kereta tu. Dia mendengar ada macam bunyi benda tersiat macam orang mencarik kain, di atas bumbung kereta. Dan lepas tu, ada bunyi mendengus macam binatang liar. Ada bunyi macam anjing tengah makan dengan lahap, cuma bunyi itu lebih kuat dan lebih liar daripada seekor anjing, seakan bunyi binatang yang lebih ganas, lebih hebat lagi daripada seekor anjing. Yang dia teringat macam bunyi singa tengah makan dan mengoyak-ngoyak badan rusa. Macam cerita rencana pasal alam semulajadi kat TV hitam-putih masa dulu-dulu. Gggrrreeeuuughhh!!!! Arrrghhhheeuughhggrrrhhh!!! Bunyi semacam seekor binatang liar yang lapar yang tengah mencarik-carik daging binatang yang berjaya diburunya. Dalam kegelapan itu, Makcik Salamah hanya dapat mendengar, tetapi tidak dapat melihat langsung apa yang berlaku.

Perkara ni berlaku dalam 10 hingga 15 minit, tapi yang Makcik Salamah hairan, kenapa dia di dalam kereta tidak diganggu sedikit pun. Dalam ketakutannya itu, dia mempelosokkan dirinya ke bawah daripada kerusi penumpang tempat duduknya, kerana terlalu takut. Merengkok dia kat bawah tu menggigil, terasa nak terkencing-kencing. Tiba-tiba dia terdengar macam binatang tu berhenti dari makan, dan seterusnya melompat turun, dan terus bergerak menjauhi kereta. Tak lama kemudian, keadaan sekeliling kembali sunyi, dan tiada bunyi apa-apa pun kedengaran. Makcik Salamah yang ketakutan, kembali dapat bernafas lega, dan cuba untuk melihat keluar kereta, tetapi dengan kegelapan tanpa apa-apa lampu, tiada apa yang dapat dilihat.

Selang 5 minit kemudian, Makcik Salamah tiba-tiba nampak cahaya lampu kereta datang menghampirinya dari jauh, memanjat bukit dari bawah, ke arah di mana kereta itu berhenti. Semakin hampir, dia melihat lampu itu bertambah terang dan besar, dan apabila lalu di sebelah kereta, baru dia menyedari bahawa ianya lampu daripada sebuah lori. Lori membawa tentera. Di Taiping memang ada beberapa kem tentera dan renjer, kalau tak silap. Hendak dia keluar dari kereta untuk menahan lori itu, tetapi belum sempat dia berbuat apa-apa, lori itu sendiri berhenti secara mendadak, seperti pemandunya menekan emergency-break. Berhenti betul-betul di tengah jalanraya, dan beberapa orang lelaki melompat turun, masing-masing beruniform askar.

"Assalamualaikum... elo, elo... ada sesiapa di dalam?", kata salah seorang tentera tersebut, sambil menghalakan lampu suluh ke arah kereta Makcik Salamah. Makcik Salamah cepat-cepat menjawab ada, dia ada di dalam katanya, dan terus dia bergegas mahu keluar. "Makcik... jangan bergerak. Tunggu sebentar", balas lelaki tersebut. "Kami ada di sini, makcik jangan takut. Mintak tolong makcik keluar dari kereta perlahan-lahan, lepas tu bergerak ke depan ke arah kami. Mintak tolong makcik jangan tengok belakang". Itu arahan tentera tersebut.

Makcik Salamah yang masih dalam ketakutan, sekarang berasa bertambah lega sedikit, dan dia pun membuka pintu keretanya, dan dalam samar-samar lampu belakang lori yang merah, terus bergerak ke arah ke hadapan, menghala di mana tentera-tentera tersebut berdiri. Apabila dia menapak dalam beberapa langkah ke hadapan, dia perasan ada lampu kereta yang terang datang dari belakang dengan laju, sama arah dengan lori tadi. Dia pun terfikir, nanti lori tentera tu kena langgar kereta tu la pulak. Dia pun menoleh ke arah kereta yang datang, dan dengan cahaya lampu kereta itu, dia ternampak satu lembaga di atas keretanya sendiri, terbaring dengan perut terburai - usus perut bersepah, dengan darah segar hitam yang mengalir dan berlopak di seluruh bumbung dan cermin kereta, dengan tangan dan kaki seorang manusia yang herut-merut terbongkang luas, dalam keadaan yang sangat mengerikan. Sebentar kemudian, Makcik Salamah menjerit sekuat hati, terus jatuh terduduk.... meraung mendayu.

Aaaaaaaaaaaaahhhhhh!!!

Kat atas bumbung kereta tu, Pakcik Samad terlentang, terburai kaku.


p/s: sumber dari sini

Friday, March 25, 2011

mcmna ya tahun 2020 nanti..

masa sayer kecik2 dulu ada satu rancangan tv nih..tajuk dia beyond 2000..rancangan tv tu memaparkan bagaimana kehidupan dan segala bentuk alat yang ada pada tahun 2000..tapi?? heheh dah masuk 2011 benda yg ditunjukkan pada masa tu tkda pon pada tahun 2000...contohnya kereta terbang..hahaha..lawak la pemikiran orang zaman dulu..so apa kata layan video ni yang menunjukkan apa yang bakal terjadi pada tahun 2020..enjoiceee




P/S: best le henset tu..letak je kan gelas tu terus jadi whiteboard..mmg best laa



Wednesday, March 23, 2011

muahahaha

Pintu bilik dibuka dengan kuat dan mengejutkan sepasang suami isteri yang sedang tidur nyenyak...
Seorang lelaki dengan wajah garang mengacukan senjata tajam ke arah si isteri....

Perompak : "Sebelum kamu mati kubunuh, sebutkan namamu!"
Isteri : "Na... nama sa... saya... Aisyah"
Perompak : "Aisyah? nampaknya sama dengan nama ibuku.
Aku tidak boleh membunuhmu," lalu dia mendekati si suami dan sambil mengacukan senjatanya ia berkata,
Perompak : "Sebutkan namamu. Aku mesti tahu nama setiap orang yang menjadi korbanku..."
Suami : "Namaku Irwan.. tapi.... semua orang memanggilku Aisyah...."





* ada kaitan ker ngan cerita terbabit????


*sumber daripada blog ni

Tuesday, March 22, 2011

supermoon

beberapa hari lalu heboh pasal fenomena supermoon nih...sayer tak terkecuali nak menembak fenomena yang dikatakan hanya terjadi 20 tahun sekali ini..tapi apakan daya cuaca di Alor Setar tak membenarkan bulan super ini keluar menampakkan diri beliau..walaupon selama 2 hari sayer mngejar fenomena kekuasaan Allah SWT ni..tapi tkpa..jgn risau..heheh...gambar2 bulan super ini berjaya dirakamkan di seluruh dunia oleh jurugambar2 yang menunggu dengan sabar benda ini..okess..saksikan


























ni plak video compiled about the this awesome phenomenon







p/s: thanks to sumber2