hit counter

hit counter html code

Saturday, March 12, 2011

review hikayat merong mahawangsa


PERHATIAN: SEMUA ULASAN INI ADALAH PENDAPAT PERIBADI PENULIS SAHAJA!!!

poster karya kukubesi memang superb!!!

Bertarikh 11 march 2011 jam 8.45 malam..sayer menggagahkan diri bersama meor dan isteri dan uzair ex student dengan berkobar-kobarnya menonton filem yang dikatakan epik melayu pada abad ini.selama ni disogokkan dengan iklan-iklan dan juga thriller-thriller yang seakan2 filem gladiator itu..perghh!!!..tapi sebelum itu..wajib beli popcorn kan...tah apa pasal tak tau la pulak...nk masuk panggung mesti nak beli popcorn..padahal kalau kat rumah layan dvd tkda la pulak beli bendalah tu..chett..merepek apa lak ni???nk buat review ke nk citer pasal makan popcorn???

oklah..ok lah..setelah mengambil tempat yang agak kedepan juga..memandangkan tiket sold out..persembahan dimulakan dengan penceritaan pra ong mahawangsa waris bagi merong ni..cerita bermula di Goa..dimana putera rom iaitu marcus mencari seorang yang boleh membawa mereka ke semenanjung emas..(dalam cerita ni ada maya karin,cuba cari nanti celah mana dia duduk) sumpah sayer tak tau itupon lepas dok baca sinopsis dari blog lain...ok lepas tu mereka lawan2..macam biasa..hero menang...

merong ni pon mulakan lah pelayaran dari goa ke semenanjung emas..membawa putera rom ini untuk dikahwinkan dengan puteri dari negara china iaitu meng li hua..puteri ni pulak ada dayang..nama dia dayang nur faizah..oppss..heheh..bohong je...bukanlah...nama dia ying ying...for the note ying ying ni lagi best penghayatan wataknya jika nak dibanding kan ngan meng li ni..puteri ni sedikit membosankan cara dia berlakon..pastu diorang nak lari sebab tanak kawen ngan si marcus ni..last2 marcus jumpa gak dalam hutan..diorang pon gaduh manja2 mcm tu..pastu jatuh cinta..kiranya..aku benci tapi aku rindu..




cuba teka mana satu kesum??


selepas itu plot semakin berkembang dimana mereka suma di serang oleh lanun..habis kena bunuh..ketuanya taji dan pembantunya kemawas telah menawan tuan puteri untukm dijadikan tebusan..ok..kat sini sayer tak berpuas hati tentang CGI yang teruk fail nya...dimana ketika itu ribut melanda setelah kena sihir ngan taji (sihir amalan syaiton) tetapi..diulangi tetapi..ombak takda..sedangkan bendera berkibar2 dengan dasatnya..satu lagi yg paling tak bleh blah..daun kelapa yang kaku bak patung tidak bernyawa..aduhai..yusri plzzz,,sebelum rendering tolongla tengok sikit kat daun kelapa yang tak bergerak itu walaupon efek langit yang amat dramatik dan ribut yang amat dasat sekali!!

ok pas kena serang tu..merong kena tikam..dia pon dijumpai oleh kesum (apsal ngan tetiba aku teringat daun kesum buat masak laksa bila dengar nama dia ni???)kesum ni ada anak angkat nama anak angkat dia embok..yang kelakarnya..sekejap cakap melayu klasik..sekejap cakap key el..apehal?????yang lagi best..marcus tu orang rom..tp accent british???haipppp...sayer terpana sekejap disitu..buleh diterima akal jugak puteri china buleh bercakap melayu,english dengan baik sekali sebab dia kan kaya dia leh menggaji tutor dari british council ngan ckgu sekolah kebangsaan untuk ajar dia..siap buleh berpantun2 lagi puteri tu..perghhh..hebatttt...

pastu diorang lawan-lawan-lawan dan lawan..ada adegan tikam sampai tembus badan..darah nerecik merata-rata..si merong ni pulak masa dari atas kapal jentayu..dia melancarkan seranga berupa eksperimen sains sedikit..iaitu menggunakan teori archimedes..iaitu menggunakan cermin pastu memantulkan refleksyen matahari kearah lanun2 garuda ini tadi..maka terbakar habis la suma lanun2 itu tadi termasuk la sampan2 mereka..hebat gak..walaupon dalam mythbuster teori ini dibustedkan oleh si adam ngan si jamie tu..

adegan lawan mati lawan mati..kill..kill..die..die..sedikit berserabut..adakalanya pergerakan semasa adegan ni macam katun..tak smooth..sama gak la pergerakan kapal jentayu dan sampan..macam katun..semasa scene lawan kemawas ngan merong nampak macam kopipes lak..nmpak dengan ketara di shoot depan green screen...kadang2 nmpak mcam blurr sedikit scenes dalam tu..macam guna manual fokus lak..heheh..satu lagi berkenaan ngan tone kaler filem ni..apsal tak guna natural kaler jer??nampak lagi cantik..nmpak biru air laut tu..rasanya yusri edit guna lightroom 2 kot???

apa lagi nak citer???ermm..rasanya cukupla kot..pegila tengok..orang cerita ngan tngok sendiri lain..lagipon mungkin dalam fikiran sayer dah set comparison ngan citer hollywood.so that why sayer beri 3 bintang dari 5..yang menepati cerita hollywood adalah adegan bercakap-bercakap-bercakap..boring!!..hahaha..so dengan bajet 8 juta ok la..walaupon CGI mcm citer hong kong tahun 97 bak kata meor..so far kalau nak tau hebat ke tak citer ni..pegila menonton sendiri then tanya diri masing2 ok ke tak..ermm..pas keluar panggung saya tak ckap wow pon...ntah la..

ok la..rasanya dah panjang sangat entry kali nih..walaupon asalnya photoblog..tapi blog sayer ni dah jadi multi purpose..suma jalannnnnnnnnnn...hahaha...


p/s: aku heran..apsal ada orang gelak dalam panggung aku tak gelak..tapi bila aku gelak dioarang senyap??

p/ss: dah baca tu tinggalkan la sikit jejak k..heheh

3 comments:

PEREKA CERITA said...

hahaha.. OK LA TU
best apa..
xtengok lgf xleh komen sgt huhu~~
tengok trailer cam gempak

Youjie said...

aku youjie like this. :)

apakportefeuille said...

kena tngok wahai pereka cerita dan youjie..pastu buat konklusi sendri..:)

Post a Comment